Latar Belakang

SEJARAH PENUBUHAN

Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP)

 

Jabatan Pengurusan Pembangunan UniSZA telah pun wujud lebih daripada 30 tahun lalu iaitu pada awal penubuhan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA)lagi, tetapi pada zaman KUSZA Jabatan ini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Dan Latihan dibawah pengawasan beberapa orang pengarah yang silih berganti termasuklah En AbdulAziz bin Ahmad, Tengku Nordin bin Tengku Salim, Dr. Wan Shamsuddin bin Wan Mamat, Ustaz Mohd Yassin, En.Nik Wan bin Omar, En. Ruzlan bin Musaneh, Dr. Hakim bin Abdullah,

Dahulunya Bahagian Pembangunan dan Latihan ini ditempatkan disayap kanan di Jabatan Bendahari, Bangunan Pentadbiran sediada sekarang.

Pada awal tahun 2007 Kolej Sultan Zainal Abidin telah dinaiktarafkan kepada Universiti Darul Iman Malaysia dan pada masa itu juga Bahagian Pembangunan Dan Latihan ini telah ditukarkan kepada Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah kampus iaitu Dr. Hakim bin Abdullah dan ditempatkan sebelah kiri Bangunan pentadbiran.

Dengan pertukaran nama Jabatan tersebut, Bahagian Pembangunan pada mulanya telah diletakkan di bawah pengawasan Timbalan Pengarah dan diketuai oleh seorang Ketua Bahagian. Setelah berlakunya penstrukturan semula, En. Abdul Hadi bin Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Pembangunan yang pertama setelah berada di bawah Universiti Darul Iman Malaysia bagi menganggotai organisasi ini dan bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor bermula pada 01 Mac 2008. Bermula 12 November 2014, Ir, Haji Mohd Yasim Bin A. Ghani telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan menggantikan Pengarah lama Encik A. Hamid Bin Ahmad yang telah bersara pada 11 November 2014.

Sejak awal penubuhan Jabatan ini, terdapat 2 fungsi utama iaitu bahagian Pentadbiran dan Teknikal sahaja. Kemudian apabila terjadinya pengstrukturan semula Bahagian Teknikal ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian pula iaitu Bahagian Pembangunan dan Bahagian Penyelenggaraan yang mana dibahagikan pula kepada 6 unit iaitu Unit Kejuruteraan Awam, Unit Arkitek, Unit Lanskap, Unit Ukur bahan, Unit Kejuruteraan Eletrikal dan Unit Kejuruteraan Mekanikal bagi memudahkan organisasi berjalan dengan lebih berkesan dan teratur.

Kini JPP terus mengorak langkah selari dengan arus kemajuan dan pembangunan UniSZA bersesuaian dengan objektif dan tujuan penubuhannya.

 

PENGENALAN JABATAN

 

Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) adalah satu jabatan yang menjalankan fungsinya sebagai badan yang akan melaksanakan pembangunan fizikal dan penyelenggaraan. JPP juga akan memastikan segala kemudahan yang berkaitan termasuk kemudahan-kemudahan kakitangan dan para pelajar dapat dibangunkan, disenggara dan dilengkapkan dengan segala kemudahan serta peralatan yang mencukupi.

JPP kini masih menjalankan operasinya berpusat di UniSZA, kampus Gong Badak. JPP juga menjalankan operasi di kampus cawangan iaitu kampus Kota. Untuk pembangunan akan datang, Jabatan Pengurusan Pembangunan juga akan mempunyai pelbagai bahagian yang akan menjalankan fungsinya mengikut kepakaran masing-masing yang akan dibina di kampus Besut. JPP dipecahkan menjadi unit iaitu Unit Pentadbiran ,Unit Kewangan, Unit Arkitek(senibina), Unit Ukur Bahan,Unit Kejuruteraan Awam, Unit Kejuruteraan Elektrikal ,Unit Kejuruteraan Mekanikal dan Unit Lanskap.

 

Secara keseluruhannya JPP mempunyai 3 fungsi utama seperti berikut:

 

FUNGSI PEMBANGUNAN

Membuat perancangan, perangkaan, penyeliaan yang bersepadu selaras dengan kehendak pelanggan dan perkembangan semasa Universiti.

 

FUNGSI PENYELENGGARAAN

i)Mengawal selia dari semasa ke semasa semua kemudahan infrastruktur dan bangunan di universiti agar sentiasa dalam keadaan selamat, selesa, bersih dan bebas daripada kerosakan yang merbahayakan serta menjejaskan keperluan pengguna/pelanggan serta imej UniSZA.

ii)Mengawal selia dari semasa ke semasa semua aset dan inventori JPP supaya dalam keadaan baik dan sempurna.

FUNGSI PENTADBIRAN & PERKHIDMATAN

 

i)Menguruskan ,menyelia,memproses dan memantau perlaksanaan sebarang aktiviti pembangunan dan penyelenggaraan bagi semua kemudahan dan infrastruktur di kampus-kampus Universiti.

ii)Mengurus,memproses dan memantau perlaksanaan sebarang aktiviti persidangan/majlis rasmi bagi semua bahagian di Universiti.

iii)Mengurus, menyelia dan memantau semua aset, inventori dan utiliti di Universiti.