Print

Latar Belakang

Written by Zaafindi.

SEJARAH PENUBUHAN

JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN KAMPUS (JPPK)

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Kampus UniSZA telah pun wujud lebih daripada 30 tahun lalu iaitu pada awal penubuhan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA)lagi, tetapi pada zaman KUSZA Jabatan ini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Dan Latihan dibawah pengawasan beberapa orang pengarah yang silih berganti termasuklah En AbdulAziz bin Ahmad, Tengku Nordin bin Tengku Salim, Dr. Wan Shamsuddin bin Wan Mamat, Ustaz Mohd Yassin, En.Nik Wan bin Omar, En. Ruzlan bin Musaneh, Dr. Hakim bin Abdullah,

Dahulunya Bahagian Pembangunan dan Latihan ini ditempatkan disayap kanan di Jabatan Bendahari, Bangunan Pentadbiran sediada sekarang.

Pada awal tahun 2007 Kolej Sultan Zainal Abidin telah dinaiktarafkan kepada Universiti Darul Iman Malaysia dan pada masa itu juga Bahagian Pembangunan Dan Latihan ini telah ditukarkan kepada Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah kampus iaitu Dr. Hakim bin Abdullah dan ditempatkan sebelah kiri Bangunan pentadbiran ditempat yang sediada sekarang.

Dengan pertukaran nama Jabatan tersebut, Bahagian Pembangunan pada mulanya telah diletakkan di bawah pengawasan Timbalan Pengarah dan diketuai oleh seorang Ketua Bahagian. Setelah berlakunya penstrukturan semula, En. Abdul Hadi bin Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Pembangunan yang pertama setelah berada di bawah Universiti Darul Iman Malaysia bagi menganggotai organisasi ini dan bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor bermula pada 01 Mac 2008.

Sejak awal penubuhan Jabatan ini, terdapat 2 fungsi utama iaitu bahagian Pentadbiran dan Teknikal sahaja. Kemudian apabila terjadinya pengstrukturan semula Bahagian Teknikal ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian pula iaitu Bahagian Pembangunan dan Bahagian Penyelenggaraan yang mana dibahagikan pula kepada 6 unit iaitu Unit Kejuruteraan Awam, Unit Arkitek, Unit Lanskap, Unit Ukur bahan, Unit Kejuruteraan Eletrikal dan Unit Kejuruteraan Mekanikal bagi memudahkan organisasi berjalan dengan lebih berkesan dan teratur.

Kini JPPK terus mengorak langkah selari dengan arus kemajuan dan pembangunan UniSZA bersesuaian dengan objektif dan tujuan penubuhannya.

 

PENGENALAN JABATAN

Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (JPP) adalah satu jabatan yang menjalankan fungsinya sebagai badan yang akan melaksanakan pembangunan fizikal dan penyelenggaraan. JPPK juga akan memastikan segala kemudahan yang berkaitan termasuk kemudahan-kemudahan kakitangan dan para pelajar dapat dibangunkan, disenggara dan dilengkapkan dengan segala kemudahan serta peralatan yang mencukupi.

JPPK kini masih menjalankan operasinya berpusat di UniSZA, kampus Gong Badak. JPPK juga menjalankan operasi di kampus cawangan iaitu kampus Kota. Untuk pembangunan akan datang, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Kampus juga akan mempunyai pelbagai bahagian yang akan menjalankan fungsinya mengikut kepakaran masing-masing yang akan dibina di kampus Besut. JPPK dipecahkan menjadi unit iaitu Unit Pentadbiran ,Unit Kewangan, Unit Arkitek(senibina), Unit Ukur Bahan,Unit Kejuruteraan Awam, Unit Kejuruteraan Elektrikal ,Unit Kejuruteraan Mekanikal dan Unit Lanskap.


Secara keseluruhannya JPPK mempunyai 3 fungsi utama seperti berikut:

FUNGSI PEMBANGUNAN

Membuat perancangan, perangkaan, penyeliaan yang bersepadu selaras dengan kehendak pelanggan dan perkembangan semasa Universiti.


FUNGSI PENYELENGGARAAN

i) Mengawal selia dari semasa ke semasa semua kemudahan infrastruktur dan bangunan di universiti agar sentiasa dalam keadaan selamat, selesa, bersih dan bebas daripada kerosakan yang merbahayakan serta menjejaskan keperluan pengguna/pelanggan serta imej UniSZA.

ii) Mengawal selia dari semasa ke semasa semua aset dan inventori JPPK supaya dalam keadaan baik dan sempurna.

FUNGSI PENTADBIRAN & PERKHIDMATAN

i) Menguruskan ,menyelia,memproses dan memantau perlaksanaan sebarang aktiviti pembangunan dan penyelenggaraan bagi semua kemudahan dan infrastruktur di kampus-kampus Universiti.

ii) Mengurus,memproses dan memantau perlaksanaan sebarang aktiviti persidangan/majlis rasmi bagi semua bahagian di Universiti.

iii) Mengurus, menyelia dan memantau semua aset, inventori dan utiliti di Universiti.